Wednesday, November 23, 2011

Tips mengawal kemarahan



Marah ni boleh dalam macam-macam keadaan. Selalunya kita nampak orang terjerit-jerit, kita cakap orang tu marah tapi kadang-kadang orang yang senyap tu pon ada yang marah. Sebaik-baiknya biarlah marah yang senyap sebab kita tak akan menyakitkan hati orang dengan kata-kata yang tak patut kita kata. Terlajak kata buruk padahnya.

Masa kita marah, fikiran kita tak selalunya rasional. Sebab tu kita boleh terlepas kata-kata yang tak sepatutnya kita ucapkan.

Dekat sini aku nak kongsikan beberapa tip untuk mengawal kemarahan yang aku baca dari buku Dr Tuah.

Tips mengawal kemarahan :

1. Ingat Allah
  • Ingatlah Allah tak suka kepada orang yang pemarah apalagi memarahi orang tanpa sebab yang munasabah.

2. Sirami kemarahan dengan wuduk
  • Marah ni selalunya disebabkan syaitan. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api kemarahan itu terpadam.

3. Tengok wajah di cermin
  • Pernah ke kita pikir muka kita masa marah tu macam mana? Buruk atau lucu?

4. Kuncikan bibir dan diam dahulu
  • Terasa nak marah, diam sekejap. Tarik nafas perlahan-lahan. Anggap tangan dan mulut kita tak mampu untuk bergerak.

5. Ubah kedudukan
  • Kalau kita tengah berdiri, duduklah. Kalau kita tengah duduk, baringlah. Kalau masih marah juga, beredarlah ke tempat lain iaitu tempat yang boleh memberi kita ketenangan. Contohnya, tengok keindahan alam. Tengok burung-burung ke atau haiwan yang comel seperti kucing.
yang ni aku tambah. Takde dalam buku tu.

6. Berpuasa
  • Erti berpuasa tu menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Walaupun marah tak membatalkan puasa kita, tetapi berkuranglah ganjaran pahala kita. Kita secara tidak langsung akan menahan diri kita daripada marah kalau kita berpuasa. Maka berpuasalah.



Kalau semua kita dah buat, tapi masih marah juga, itu tandanya kita dikawal oleh emosi kita sendiri. Ingat, jangan sampai syaitan yang mengawal diri kita.





p/s : Untuk renungan bersama dan khas ditujukan kepada penulis blog ni. Hmmm...Akulah tu...





No comments: