Thursday, August 21, 2008

Amalan ketika bulan ramadhan

Bulan ramadhan adalah bulan puasa, bulan al-quran, bulan sedekah, bulan sembahyang malam, bulan sabar, bulan menahan nafsu dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika bulan ramadhan.


  • Berdoa pada awal ramadhan.
  • Sembahyang sunat tarawih dan witir pada waktu malam.
  • Banyak membaca al-Quran.
  • Banyakkan ibadat di waktu malam khususnya pada malam 21hb. hingga malam 30hb.
  • Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan ini menyamai pahala satu haji.
  • Menunggu-nungguLailatul-Qadar.