Sunday, December 18, 2011

My kisses




Hmmm...

Sedapnya...

hehe..

Bila hampir musim exam atau masa musim exam, coklat memang menjadi kegilaan. Coklat ni dah jadi penenang jiwa dikala


kerunsingan...


keresahan...


kepeningan....


gila meroyan...Cet...pentipu...



Coklat Kisses ni beli kat Langkawi. Tak beli coklat dekat sana, tak sah la kan (Eleh, macam la kat tempat lain aku tak beli coklat.. Free Userbars).


Syok la pergi Langkawi walaupun dah beberapa kali dah pergi. Indah pantainya. Rasa seronok duduk tepi pantai. Akibatnya kulit aku jadi merah + mengelupas sebab sunburn. Ambik kau. Kulit muka dah jadi macam ape ntah.


Ok la. Tak nak tulis panjang-panjang. Lain kali je la cerita lagi. Tata Titi Tutu.. I lap u...




reen arina: Segan betol nak jumpa orang dengan muka kering + terbakar macam ni... :p

Monday, December 5, 2011

blog addict



Assalamualaikum.. (Jawab salam ni. Jawab salam hukumnya wajib. ^_^ hehe..)



Walaupun kerja bertimbun, walaupun kerja tak siap lagi, walaupun mata dah mengantuk, walaupun kepala dah pening, aku nak jugak buka blog. Tak kisah la blog orang ke blog sendiri ke, nak jugak buka. Asal ada tenet je, buka blog. Asal ada blog je, buka tenet. Huh mula la nak merapu nih..



Boleh ke macam tu? Ape pon tak boleh... heh..



Wednesday, November 23, 2011

Tips mengawal kemarahan



Marah ni boleh dalam macam-macam keadaan. Selalunya kita nampak orang terjerit-jerit, kita cakap orang tu marah tapi kadang-kadang orang yang senyap tu pon ada yang marah. Sebaik-baiknya biarlah marah yang senyap sebab kita tak akan menyakitkan hati orang dengan kata-kata yang tak patut kita kata. Terlajak kata buruk padahnya.

Masa kita marah, fikiran kita tak selalunya rasional. Sebab tu kita boleh terlepas kata-kata yang tak sepatutnya kita ucapkan.

Dekat sini aku nak kongsikan beberapa tip untuk mengawal kemarahan yang aku baca dari buku Dr Tuah.

Tips mengawal kemarahan :

1. Ingat Allah
  • Ingatlah Allah tak suka kepada orang yang pemarah apalagi memarahi orang tanpa sebab yang munasabah.

2. Sirami kemarahan dengan wuduk
  • Marah ni selalunya disebabkan syaitan. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api kemarahan itu terpadam.

3. Tengok wajah di cermin
  • Pernah ke kita pikir muka kita masa marah tu macam mana? Buruk atau lucu?

4. Kuncikan bibir dan diam dahulu
  • Terasa nak marah, diam sekejap. Tarik nafas perlahan-lahan. Anggap tangan dan mulut kita tak mampu untuk bergerak.

5. Ubah kedudukan
  • Kalau kita tengah berdiri, duduklah. Kalau kita tengah duduk, baringlah. Kalau masih marah juga, beredarlah ke tempat lain iaitu tempat yang boleh memberi kita ketenangan. Contohnya, tengok keindahan alam. Tengok burung-burung ke atau haiwan yang comel seperti kucing.
yang ni aku tambah. Takde dalam buku tu.

6. Berpuasa
  • Erti berpuasa tu menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Walaupun marah tak membatalkan puasa kita, tetapi berkuranglah ganjaran pahala kita. Kita secara tidak langsung akan menahan diri kita daripada marah kalau kita berpuasa. Maka berpuasalah.



Kalau semua kita dah buat, tapi masih marah juga, itu tandanya kita dikawal oleh emosi kita sendiri. Ingat, jangan sampai syaitan yang mengawal diri kita.





p/s : Untuk renungan bersama dan khas ditujukan kepada penulis blog ni. Hmmm...Akulah tu...





Sunday, November 20, 2011

open your eyes

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us


Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Malu..


Apa pasal tetibe cakap pasal malu ni?

Malu pasal apa?

Ada salah cakap ke?

Ada salah buat sesuatu ke?

Ada jumpa orang yang kita suka ke?

Ada orang ngorat ke?

Ada tertulis sesuatu yang memalukan ke?

Ada orang bercakap pasal kita ke?



Sebenarnya bukan malu pasal tu. Malunya bila umur dah semakin meningkat tapi iman sebagai orang Islam macam senipis kulit bawang. Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Tapi setakat dilahirkan Islam tapi tak mengamalkan ajaran Islam, adakah kita ni tak sedar nikmat Islam tu?

Bila orang yang bukan Islam mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam, kemudian dia masuk Islam dan dia lebih berakhlak mulia, lebih memahami Islam, lebih menghayati Islam, aku rasa malu. Sebab aku dah hampir 23 tahun tapi iman aku dan akhlak aku sebagai orang Islam terasa kurang daripada mereka yang baru menganut agama Islam ni.

Orang yang baru masuk Islam dapat macam-macam dugaan. Dugaan mak ayah tak bagi masuk Islam, hilang kawan, dapat tentangan daripada orang lain dan macam-macam lagi. Kita ni pulak, dah dapat nikmat Islam tapi tak bersyukur pun. Macam mana kita nak tunjukkan Islam tu agama yang benar kepada mereka yang bukan Islam, sedangkan diri kita sendiri tak menunjukkan akhlak yang baik.


Sedarlah dan malulah kepada Allah.



Saturday, November 19, 2011

Bila dah kaya..




Ada terbaca satu blog ni. Tuan punya blog ni agak femes. Orangnya pandai bergurau jugak. Tapi kadang-kadang ayat yang dia gunakan agak celupar, macam tak jaga hati orang langsung.

Hopefully suatu hari nanti kalau aku dah boleh berdikari, dah ada harta sendiri, aku tak jadi sombong. Aku nak jadi macam sepupu aku. Walaupun dia berharta, dia tak sombong, tak pernah nak menunjuk-nunjuk apa yang dia ada. Hidup pon sederhana je.

Kalau ada yang dapat rezeki lebih tu, janganlah berubah jadi bongkak,mulut celupar..Tolong la jangan jadi macam tu.

Ingatlah walaupun Allah bagi kita kekayaan, kekayaan tu adalah ujian Allah untuk kita.


DUDUK ANTARA 2 SUJUD


Indahnya doa yang diaturkan. Bermula dengan meminta ampun. Kemudian barulah berdoa apa yang diinginkan. Akhirnya meminta ampun kembali.


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Dalam kita berdoa, haruslah ada adab. Sedangkan kepada manusia jika kita ingin meminta sesuatu kita perlu ada adab, inikan pulak dengan Allah. Kadang-kadang manusia ni lupa nak berdoa.


Macam sepupu aku selalu cakap, "Berdoalah. Nak apa-apa pun mintalah pada tuhan. Tambah pulak hang musafir, orang yang menuntut ilmu, kenapa taknak minta pada tuhan. Soal rezeki, soal jodoh, ajal maut semua Allah yang tentukan. Kalau suka seseorang pun mintalah pada Allah sebab hati dia pun milik Allah".


So janganlah lupa berdoa. Doa bukan boleh buat lepas solat je. Doa ni boleh buat bila-bila masa je. Allah Maha Mendengar.

Tuesday, November 8, 2011

I'M HOME..



Seronoknya berada di rumah.. Semua masalah dapat dilupakan untuk seketika.. Tak la rasa kesunyian, penuh dengan gelak tawa, gaduh2 sket..Biasa la tu kalau gaduh2 dengan family sebab kadang2 tak sama pendapat..Apa yang penting, perkara tu jangan disimpan dalam hati..


Cuti raya macam ni dapat la jumpa dengan kakak ipar yang tengah mengandung tu.. Dah lama x jumpa, perut dia pon dah nampak besar sket..Badan pon berisi sket..Biasa la tu kan kalau orang mengandung..Selera pon bertambah..

Dapat jugak jumpa dengan anak sepupu..Amani namanya..Comel budaknya, takde gigi..Baru setahun jagung..haha..setahun la mak cik arina..tak payah jagung2..


Tuesday, November 1, 2011

Kisah Tempe..


Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi cerita pasal tempe. Kisah ni saya baca dalam buku. Masa tu saya tengah sedih sangat & sepupu saya bagi saya pinjam buku tu untuk saya baca. So, saya nak berkongsi cerita ni dengan orang lain supaya semua dapat berpikir tentang moral cerita ni. Cerita ni saya tak tulis sama macam buku tu sebab saya hanya ingat jalan ceritanya sahaja.



Kisah tempe..


Di dalam sebuah kampung, terdapat seorang wanita tua yang sangat kuat beribadat. Mata pencariannya hanyalah dengan menjual tempe. Pada suatu hari, kacang soya yang sepatutnya sudah menjadi tempe, masih tidak menjadi tempe. Wanita tua itu susah hati kerana jika dia tidak menjual tempe, habislah mata pencariannya untuk hari itu. Seperti yang dikatakan tadi, wanita ini kuat beribadat maka dia pun menadah tangan dan berdoa kepada Allah supaya kacang soya tersebut menjadi tempe. Selesai berdoa, dia pun menekan bungkusan tempe tersebut dan membukanya. Wanita tua tersebut lihat tempenya masih belum menjadi. Maka wanita tua tersebut berdoa sekali lagi kepada Allah. Selesai berdoa, dia memeriksa tempenya sekali lagi tetapi tempenya masih belum menjadi.

Wanita tua itu pun berdoa sekali lagi dan memohon supaya ketika dia berjalan ke pasar untuk menjual tempe, tempenya sudah menjadi. Lalu berjalanlah wanita tua ini ke pasar untuk menjual tempe. Sampai sahaja di pasar, wanita tua ini memeriksa tempenya tetapi kecewa hatinya kerana tempenya masih belum menjadi.

Setelah lama berada di pasar itu, wanita tua tersebut melihat semua jualan tempe peniaga lain semuanya habis dibeli. Wanita tua itu kecewa kerana tempenya tidak berjual. Kemudian wanita tua ini berdoa kepada Allah, “ Ya Allah, berilah penyelesaian terbaik untuk tempeku ini”. Selesai sahaja dia berdoa, dia didatangi oleh seorang wanita. Wanita itu bertanya, “ mak cik ada tak jual tempe yang masih belum menjadi?”. Selepas itu wanita tua itu berdoa semula kepada Allah supaya tempenya tidak menjadi.

Kemudian dia memeriksa tempenya dan ternyata tempenya masih belum menjadi. Wanita tua itu pun berkata kepada wanita itu yang dia mempunyai tempe yang masih belum menjadi. Maka wanita itu membeli tempe wanita tua itu. Wanita tua itu hairan mengapa wanita itu membeli tempe yang masih belum menjadi lalu dia bertanya kepada wanita itu mengapa wanita itu membeli tempe yang masih belum menjadi. Wanita itu berkata bahawa anaknya belajar di luar Negara dan anaknya teringin nak makan tempe. Jika dia membeli tempe yang sudah menjadi kemudian pos kepada anaknya, mungkin tempe itu telah rosak ketika sampai kepada anaknya. Jika dia membeli tempe yang masih belum menjadi, maka apabila sampai tempe itu kepada anaknya, tempe itu sudah menjadi dan masih elok. Wanita tua itu bersyukur kerana tempenya terjual.


So, apa moral of the story daripada kisah tempe ini tadi?

Banyak moral yang kita boleh dapat daripada cerita ni. Ada beberapa moral yang aku terpikir daripada cerita ni. Antaranya janganlah kita berputus asa berdoa kepada Allah, janganlah kita berprasangka buruk kepada Allah kerana hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan disebalik sesuatu kejadian ada hikmahnya.

Renung-renungkan, tingkatkan iman dan selamat beramal….

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya daripada kelemahan saya sendiri..

Assalamualaikum…







Sunday, October 30, 2011

Diam..



Kebisuanku bersebab.. Tidak mahu menyakiti hati orang lain.. Tidak mahu terlalu rapat dgn bukan mahram.. Tidak mahu difitnah..Tidak mahu dibenci & banyak sebab lagi..


Tetapi seringkali kebisuanku disalah ertikan.. Seringkali kebisuanku dikatakan sombong.. seringkali kebisuanku dikatakan benci.. seringkali kebisuanku dikatakan tidak sayang..


Biarlah apa orang kata, hanya ALLAH maha mengetahui isi hatiku...

Friday, October 28, 2011

lagu untuk ARINA..



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side



Insya Allah 2X
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2X
Insya Allah you`ll find your way



Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame




Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 2X
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 2X
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 3X
Insya Allah 2X
Insya Allah 2X
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah 2X
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah 2X
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah we`ll find the way

Tuesday, May 17, 2011

selamat hari ibu

Hari ibu dah lepas dah. Tapi saje la nak cakap pasal hari ibu. Aku tak pernah sambut hari ibu dengan mak aku. Bukan tak appreciate mak aku. Cuma aku lebih suka satu tarikh lain yang aku anggap hari ibu. Aku rase tarikh lahir aku la hari ibu. Hari mak aku melahirkan aku.


Terima kasih mak sebab dah lahirkan achik, membesarkan achik, mendidik achik dll.. Achik tau achik banyak buat salah dekat mak, degil, keras kepala, nakal & banyak lagi lah..Tapi achik nak mak tau, achik tak bermaksud nak lukakan hati mak, nak buat mak sedih ke ape ke.. Maaf ye mak..


so achik nak dedicate video budak comel@anak comel ni untuk mak..










Monday, May 16, 2011

singapore





Hey! Hey! hey!

Tahun lepas aku ke Singapore. Emmm best jugak la pergi sana tapi ada jugak yang tak best.

Yang bestnya, aku dapat kenal negara orang. Ada beberapa tempat yang best dekat Singapore. Universal Studio la salah satu tempatnya. Dekat Universal Studio ni, jalan sehari suntuk pun rasa macam tak puas. Seronok main2 dalam tempat tu. Hahaha…







Dalam universal studio yang aku rasa best, crite shrek 4D and roller coaster high speed. Best gler... Dah la aku ni gayat, boleh pulak naik benda tu. hehe..







Yang tak bestnya pulak, jam tangan ALBA yang ayah & mak hadiahkan hilang!!!! Waaaaa… sedih sedih sedih.. Tapi nak buat macam mana, jodoh dengan jam tu tak panjang...huhu..



~~Ayah & mak nak ke belikan jam lagi untuk anak dia yang selalu cuai ni??


SELAMAT HARI GURU !!!



16 Mei. Sape tak tau yang 16 Mei hari guru angkat tangan...
Bagos semua tak angkat tangan... hahaha.. ok2.. crazy sorang2 plak aku nie.. haishh...


Selamat hari guru saya ucapkan untuk semua cikgu2 saya yang pernah mengajar saya . Kalau nak senarai satu2 nama cikgu, memang tak larat la kan sebab ramai sangat. Kenangan dengan cikgu tak dapat saya lupa. Cikgu yg pernah rotan saya , cikgu yg pernah denda saya lari, cikgu yg pernah cubit saya , cikgu yg dorong saya belajar, semuanya saya sayang.

Thanks cikgu. Tak lupa jugak cikgu the best ever in my life, my emak and my ayah..
love both of you..





~~adik tak pergi sekolah hari ni sebab dia takde kek besar nak bagi kat cikgu dia... hahahaha... gelak guling2...



Sunday, May 15, 2011

KEBAHAGIAAN



Semakin hari terasa semakin bahagia. Kebahagiaan baru yang aku dapat dengan kehadiran si dia. Terima kasih sebab membawa kebahagiaan nie.. ^_^



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


~~ i love u..



Saturday, May 14, 2011

cemburu



teringat kata-kata adik aku yang bongsu masa aku tengah peluk kucing aku dekat rumah...

adik : achik sayang kucing...achik x sayang adik...

dalam hati aku, ' adik ni dengan kucing pon dia nak jeles... adoyai...'





~ jeles biar bertempat...

Friday, April 22, 2011

ais krim malaysia..nyum2...



Emmm... Tetibe je teringin nak makan ais krim malaysia. Cuaca dekat perlis yg panas ni memang la akan buat kita pikir benda2 yg sejuk. Eh ade ke yg x tau ais krim malaysia ni macam mane? Eleh mesti semua tau kan... ais krim yg panjang2 tu la...

Dulu masa aku kecik2 harga ais krim malaysia ni 10 sen je. Sekarang dah 20 sen - 3o sen sebatang. Wahhh...Baik aku buat sendiri je... lagi berbaloi.. Aku boleh buat ikut citarasa aku. Nak manis ke nak kurang manis ke dan boleh buat perasa yg aku nak. Nak milo ke bandung ke. Terpulang la pada diri sendiri kan.

Tapi nak buat sekarang tak boleh la pulak. Dekat kolej kediaman UniMAP ni mane ade peti sejuk. Aishhh... Kena la tunggu sampai balik rumah dulu, baru la dapat makan ais krim malaysia. Takpe2.. Sabar banyak2. Tinggal bebrape hari je lagi nak balik. Lepas tu, kalau nak makan ais krim malaysia banyak2 pon takpe. Nak masuk dalam peti sejuk pon boleh. hehe.. huh macam la muat dalam peti sejuk tu....


~ dekat UniMAP ni memang la terasa nak buat macam2..tapi bila dah balik rumah, 1 ape pon tak terbuat.