Apa pasal tetibe cakap pasal malu ni?
Malu pasal apa?
Ada salah cakap ke?
Ada salah buat sesuatu ke?
Ada jumpa orang yang kita suka ke?
Ada orang ngorat ke?
Ada tertulis sesuatu yang memalukan ke?
Ada orang bercakap pasal kita ke?
Sebenarnya bukan malu pasal tu. Malunya bila umur dah semakin meningkat tapi iman sebagai orang Islam macam senipis kulit bawang. Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai seorang Islam. Tapi setakat dilahirkan Islam tapi tak mengamalkan ajaran Islam, adakah kita ni tak sedar nikmat Islam tu?
Bila orang yang bukan Islam mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam, kemudian dia masuk Islam dan dia lebih berakhlak mulia, lebih memahami Islam, lebih menghayati Islam, aku rasa malu. Sebab aku dah hampir 23 tahun tapi iman aku dan akhlak aku sebagai orang Islam terasa kurang daripada mereka yang baru menganut agama Islam ni.
Orang yang baru masuk Islam dapat macam-macam dugaan. Dugaan mak ayah tak bagi masuk Islam, hilang kawan, dapat tentangan daripada orang lain dan macam-macam lagi. Kita ni pulak, dah dapat nikmat Islam tapi tak bersyukur pun. Macam mana kita nak tunjukkan Islam tu agama yang benar kepada mereka yang bukan Islam, sedangkan diri kita sendiri tak menunjukkan akhlak yang baik.
Sedarlah dan malulah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment