Sunday, May 15, 2011

KEBAHAGIAAN



Semakin hari terasa semakin bahagia. Kebahagiaan baru yang aku dapat dengan kehadiran si dia. Terima kasih sebab membawa kebahagiaan nie.. ^_^



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


~~ i love u..



Saturday, May 14, 2011

cemburu



teringat kata-kata adik aku yang bongsu masa aku tengah peluk kucing aku dekat rumah...

adik : achik sayang kucing...achik x sayang adik...

dalam hati aku, ' adik ni dengan kucing pon dia nak jeles... adoyai...'





~ jeles biar bertempat...

Friday, April 22, 2011

ais krim malaysia..nyum2...



Emmm... Tetibe je teringin nak makan ais krim malaysia. Cuaca dekat perlis yg panas ni memang la akan buat kita pikir benda2 yg sejuk. Eh ade ke yg x tau ais krim malaysia ni macam mane? Eleh mesti semua tau kan... ais krim yg panjang2 tu la...

Dulu masa aku kecik2 harga ais krim malaysia ni 10 sen je. Sekarang dah 20 sen - 3o sen sebatang. Wahhh...Baik aku buat sendiri je... lagi berbaloi.. Aku boleh buat ikut citarasa aku. Nak manis ke nak kurang manis ke dan boleh buat perasa yg aku nak. Nak milo ke bandung ke. Terpulang la pada diri sendiri kan.

Tapi nak buat sekarang tak boleh la pulak. Dekat kolej kediaman UniMAP ni mane ade peti sejuk. Aishhh... Kena la tunggu sampai balik rumah dulu, baru la dapat makan ais krim malaysia. Takpe2.. Sabar banyak2. Tinggal bebrape hari je lagi nak balik. Lepas tu, kalau nak makan ais krim malaysia banyak2 pon takpe. Nak masuk dalam peti sejuk pon boleh. hehe.. huh macam la muat dalam peti sejuk tu....


~ dekat UniMAP ni memang la terasa nak buat macam2..tapi bila dah balik rumah, 1 ape pon tak terbuat.


Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT HARI LAHIR !!!

selamat hari lahir kepada sahabat saya HAZLIN ABD WAHAB...

leen, sorry sebab x dapat smbut hari lahir leen untuk thn ni...dah bebrape kali kita x sambut sama2 kan...sorry ek...alin paham kan sebab ape..

leen, dah 9 thn kot kite kenal kan..achik ingat lg masa mula2 kita jumpa..masa 2 alin kat kedai alin & achik nak bli brg masakan..masa tu la kita baru tau yg kita akan 1 skolah..tp x sangka, kita bukan je 1 skolah tp kita jugak 1 kelas... ^_^

leen, ingat x kita slalu pergi skolah sama2..kadang2 kita naik bas kadang2 kita kayuh basikal..huhu..penat kan..hehe..masa tgkatan 3, achik penah dtg skolah walaupun masa 2 achik demam..achik muntah2..dan masa tu, alin la yg tlg jaga achik kan...terima kasih byk alin...sampai tgkatan 5, kita masih seperti belangkas..berjalan masih menghayun tgn bersama..haha..klakar kan..bergurau senda, bergaduh, menangis & lain2...semua kita penah rasa bersama...

leen, slps tgkatan 5, kat sini la haluan kita dah berbeza..tp persahabatan kita masih utuh...walaupun jarang msg, yg pasti kita masih saling m'ingati...

leen, kita akan bersahabat selamanya kan? kadang2 achik t'ingat kat alin, walaupun kat sekeliling achik ramai kwn..sebab ape? sebab alin berbeza..alin berterus terang dgn achik..e2 yg achik hargai..kwn yg jujur,menghargai,memberi pertolongan waktu kesusahan,memahami & lain2 lagi...

leen, achik doakan kebahagiaan alin...walaupun achik xde kat sisi alin, walaupun achik dah xde kat dunia ni, achik sentiasa sahabat alin...love u..



ikhlas dari sahabatmu,
-ARINA-