Tuesday, May 17, 2011

selamat hari ibu

Hari ibu dah lepas dah. Tapi saje la nak cakap pasal hari ibu. Aku tak pernah sambut hari ibu dengan mak aku. Bukan tak appreciate mak aku. Cuma aku lebih suka satu tarikh lain yang aku anggap hari ibu. Aku rase tarikh lahir aku la hari ibu. Hari mak aku melahirkan aku.


Terima kasih mak sebab dah lahirkan achik, membesarkan achik, mendidik achik dll.. Achik tau achik banyak buat salah dekat mak, degil, keras kepala, nakal & banyak lagi lah..Tapi achik nak mak tau, achik tak bermaksud nak lukakan hati mak, nak buat mak sedih ke ape ke.. Maaf ye mak..


so achik nak dedicate video budak comel@anak comel ni untuk mak..










Monday, May 16, 2011

singapore





Hey! Hey! hey!

Tahun lepas aku ke Singapore. Emmm best jugak la pergi sana tapi ada jugak yang tak best.

Yang bestnya, aku dapat kenal negara orang. Ada beberapa tempat yang best dekat Singapore. Universal Studio la salah satu tempatnya. Dekat Universal Studio ni, jalan sehari suntuk pun rasa macam tak puas. Seronok main2 dalam tempat tu. Hahaha…







Dalam universal studio yang aku rasa best, crite shrek 4D and roller coaster high speed. Best gler... Dah la aku ni gayat, boleh pulak naik benda tu. hehe..







Yang tak bestnya pulak, jam tangan ALBA yang ayah & mak hadiahkan hilang!!!! Waaaaa… sedih sedih sedih.. Tapi nak buat macam mana, jodoh dengan jam tu tak panjang...huhu..



~~Ayah & mak nak ke belikan jam lagi untuk anak dia yang selalu cuai ni??


SELAMAT HARI GURU !!!



16 Mei. Sape tak tau yang 16 Mei hari guru angkat tangan...
Bagos semua tak angkat tangan... hahaha.. ok2.. crazy sorang2 plak aku nie.. haishh...


Selamat hari guru saya ucapkan untuk semua cikgu2 saya yang pernah mengajar saya . Kalau nak senarai satu2 nama cikgu, memang tak larat la kan sebab ramai sangat. Kenangan dengan cikgu tak dapat saya lupa. Cikgu yg pernah rotan saya , cikgu yg pernah denda saya lari, cikgu yg pernah cubit saya , cikgu yg dorong saya belajar, semuanya saya sayang.

Thanks cikgu. Tak lupa jugak cikgu the best ever in my life, my emak and my ayah..
love both of you..





~~adik tak pergi sekolah hari ni sebab dia takde kek besar nak bagi kat cikgu dia... hahahaha... gelak guling2...



Sunday, May 15, 2011

KEBAHAGIAAN



Semakin hari terasa semakin bahagia. Kebahagiaan baru yang aku dapat dengan kehadiran si dia. Terima kasih sebab membawa kebahagiaan nie.. ^_^



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


~~ i love u..



Saturday, May 14, 2011

cemburu



teringat kata-kata adik aku yang bongsu masa aku tengah peluk kucing aku dekat rumah...

adik : achik sayang kucing...achik x sayang adik...

dalam hati aku, ' adik ni dengan kucing pon dia nak jeles... adoyai...'





~ jeles biar bertempat...