Wednesday, January 4, 2012

Happy Birthday !!

Assalamualaikum..


Hai..Tersangat la busy sampai rasa malas nak update. But today is different. Hari ni birthday my big bro Mohd Zamri Hassan Basri. Happy Birthday to you !! Hari ahad lepas birthday adik pompuan yang kitorang panggil kak su. Happy belated birthday !! Budak yang lahir awal-awal tahun ni, biasa la...Cepat tua !! Hahahaha.. Gelak jahat. Dapat wish je la. No present. Hehe.. Sorry..


Sekarang ni musim exam. Mintak2 lah supaya dipermudahkan untuk aku menjawab exam. Mohon doa dari semua khususnya dari emak yang tersayang. ^_^


Kalau musim exam, mesti teringat kat along sebab masa SPM dulu, along larang sekeras-kerasnya makan asam. Aku ni kan penggemar jeruk dan asam. But along bought me some chocolate as replacement for asam & jeruk2 yang tak baik untuk otak & kesihatan(dah tau, tapi nak makan jugak..hehehe..). Siap beli yang besar pulak tu. Thanks yer. Nikmatnye makan coklat. Along, belikan chocolate lagi boleh? hehe..



Achik : Adik dah masuk darjah 3??? Cepatnya adik besar. Cepatnya masa berlalu...Aku pon makin hari makin ........ Ashamed Emoticons xnak sebutlah..malu..hehehe...Free Icons

Sunday, December 18, 2011

My kisses




Hmmm...

Sedapnya...

hehe..

Bila hampir musim exam atau masa musim exam, coklat memang menjadi kegilaan. Coklat ni dah jadi penenang jiwa dikala


kerunsingan...


keresahan...


kepeningan....


gila meroyan...Cet...pentipu...



Coklat Kisses ni beli kat Langkawi. Tak beli coklat dekat sana, tak sah la kan (Eleh, macam la kat tempat lain aku tak beli coklat.. Free Userbars).


Syok la pergi Langkawi walaupun dah beberapa kali dah pergi. Indah pantainya. Rasa seronok duduk tepi pantai. Akibatnya kulit aku jadi merah + mengelupas sebab sunburn. Ambik kau. Kulit muka dah jadi macam ape ntah.


Ok la. Tak nak tulis panjang-panjang. Lain kali je la cerita lagi. Tata Titi Tutu.. I lap u...




reen arina: Segan betol nak jumpa orang dengan muka kering + terbakar macam ni... :p

Monday, December 5, 2011

blog addict



Assalamualaikum.. (Jawab salam ni. Jawab salam hukumnya wajib. ^_^ hehe..)



Walaupun kerja bertimbun, walaupun kerja tak siap lagi, walaupun mata dah mengantuk, walaupun kepala dah pening, aku nak jugak buka blog. Tak kisah la blog orang ke blog sendiri ke, nak jugak buka. Asal ada tenet je, buka blog. Asal ada blog je, buka tenet. Huh mula la nak merapu nih..



Boleh ke macam tu? Ape pon tak boleh... heh..



Wednesday, November 23, 2011

Tips mengawal kemarahan



Marah ni boleh dalam macam-macam keadaan. Selalunya kita nampak orang terjerit-jerit, kita cakap orang tu marah tapi kadang-kadang orang yang senyap tu pon ada yang marah. Sebaik-baiknya biarlah marah yang senyap sebab kita tak akan menyakitkan hati orang dengan kata-kata yang tak patut kita kata. Terlajak kata buruk padahnya.

Masa kita marah, fikiran kita tak selalunya rasional. Sebab tu kita boleh terlepas kata-kata yang tak sepatutnya kita ucapkan.

Dekat sini aku nak kongsikan beberapa tip untuk mengawal kemarahan yang aku baca dari buku Dr Tuah.

Tips mengawal kemarahan :

1. Ingat Allah
  • Ingatlah Allah tak suka kepada orang yang pemarah apalagi memarahi orang tanpa sebab yang munasabah.

2. Sirami kemarahan dengan wuduk
  • Marah ni selalunya disebabkan syaitan. Oleh itu, ambillah wuduk supaya api kemarahan itu terpadam.

3. Tengok wajah di cermin
  • Pernah ke kita pikir muka kita masa marah tu macam mana? Buruk atau lucu?

4. Kuncikan bibir dan diam dahulu
  • Terasa nak marah, diam sekejap. Tarik nafas perlahan-lahan. Anggap tangan dan mulut kita tak mampu untuk bergerak.

5. Ubah kedudukan
  • Kalau kita tengah berdiri, duduklah. Kalau kita tengah duduk, baringlah. Kalau masih marah juga, beredarlah ke tempat lain iaitu tempat yang boleh memberi kita ketenangan. Contohnya, tengok keindahan alam. Tengok burung-burung ke atau haiwan yang comel seperti kucing.
yang ni aku tambah. Takde dalam buku tu.

6. Berpuasa
  • Erti berpuasa tu menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Walaupun marah tak membatalkan puasa kita, tetapi berkuranglah ganjaran pahala kita. Kita secara tidak langsung akan menahan diri kita daripada marah kalau kita berpuasa. Maka berpuasalah.



Kalau semua kita dah buat, tapi masih marah juga, itu tandanya kita dikawal oleh emosi kita sendiri. Ingat, jangan sampai syaitan yang mengawal diri kita.





p/s : Untuk renungan bersama dan khas ditujukan kepada penulis blog ni. Hmmm...Akulah tu...